GUA MUSANG – Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Kampung Star di sini mampu mengawal kira-kira 40 peratus masalah banjir di Kelantan.
Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Gua Musang, Nik Raisnan Daud berkata, projek yang menelan belanja RM5 bilion itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.