KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menjejaki kenaikan harga di COMEX apabila pelabur terus beralih kepada logam berharga itu dalam keadaan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ekonomi global.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, emas melonjak melepasi AS$3,500 setiap auns troy seolah-olah “mempunyai misi” — dan bukan disebabkan sebarang kenyataan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai Rizab Persekutuan AS.