Jenama mewah dan eksklusif, dUCk sentiasa kreatif dalam setiap penghasilan produknya. Terbaharu menerusi koleksi The Merdeka dUCk, ia tampil dengan 14 variasi skaf eksklusif yang melambangkan ciri bagi 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Rambang mata hendak pilih yang mana satu!
Bagi menjayakan semangat perpaduan dan kemerdekaan tahun ini, dUCk menjalin kolaborasi bersama para pelukis berbakat besar tempatan, Art Battalion. Setiap pelukis tampil dengan idea dan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan 14 rekaan tersebut yang diketuai pelukis mural, Yaulacap.