KOTA KINABALU – Ekonomi Sabah terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat meningkat kepada RM83.2 bilion pada 2024 berbanding RM82.1 bilion pada tahun sebelumnya.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pencapaian itu selari dengan pertumbuhan KDNK nasional yang dijangka meningkat sebanyak 2.5 peratus menerusi Rangka Kerja Ekonomi Madani di bawah Belanjawan Nasional 2025.