BANGI – Enam penanda aras kerangka Ekonomi Madani dilihat bergerak di landasan tepat dan mampu mencapai sasaran ditetapkan kerajaan menjelang tahun 2033.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali bagaimanapun berkata, penanda aras kedua iaitu meletakkan Malaysia di tangga ke-12 teratas dalam Indeks Daya Saing Global masih belum menepati piawaian dan perkara itu harus perhatian khusus kerajaan.