SEREMBAN – Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith meninggal dunia di rumahnya di Taman Bukit Chedang di sini pada Jumaat.
Allahyarham berusia 50 tahun yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Pilah menghembuskan nafas terakhir jam 7.10 pagi.