SHAH ALAM – Platform pengesahan bank elektronik, eConfirm Global dilancarkan bagi meningkatkan kecekapan, ketepatan dan keselamatan proses pengesahan audit.
Pengarah Eksekutif di AppAsia, Calvert Wong berkata, pelancaran tersebut menandakan peristiwa penting dalam usaha berterusan untuk memodenkan dan menyeragamkan amalan audit di peringkat antarabangsa.