SHAH ALAM – Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) kecewa dengan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana menganggap hukuman yang dikenakan ke atas pegawai memerintah, pegawai dan anggota kapal adalah bersifat terlampau ringan jika dibandingkan dengan salah laku mereka.
Ia berhubung siasatan terhadap APMM susulan penularan sebuah video yang memaparkan sebuah kapal APMM bertambat dengan bot nelayan Zon C yang dikendalikan oleh awak-awak Vietnam di perairan Negeri Kelantan pada 7 Julai 2023.