SUKAN elektronik (e-sukan) dijangka mampu menyumbang kutipan pingat buat kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.
Adam berkata, ia memandangkan skuad e-sukan negara sudah berpengalaman beraksi di temasya berprestij itu selain mempunyai kekuatan dalam beberapa acara sukan berkenaan.