SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari hadir seperti biasa ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 pada Khamis.
Bagaimanapun kedudukan kerusi bekas Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Selangor itu diubah di kedudukan barisan hadapan antara blok pembangkang dan kerajaan di dalam dewan.