Siti Murni Abdul Aziz, seorang wanita bercita-cita tinggi dan kreatif. Nekad meninggalkan kerjaya pembaca berita TV di RTM, penghijrahan Siti Murni ke dunia perniagaan nyata membuahkan hasil. Dari sekadar penghasilan tudung, kini jenama Siti Murni memiliki pelbagai rangkaian produk muslimah sepanjang hampir 12 tahun bertapak di pasaran.
Mendekati kisah kejayaan usahawan wanita ini, Siti Murni yang merupakan Pengarah Urusan Empayar Siti Murni melahirkan rasa syukur kerana perniagaannya masih mendapat permintaan pelanggan.