SHAH ALAM – Dalam merealisasikan impian tunai haji pada 2025, dua pemuda, Mohamad Al-Bukhari Ellia, 26, dan sahabatnya, Mohamad Azizul Abdullah, 34, telah memulakan misi berjalan kaki dari Bagan Serai, Perak menuju ke Makkah pada Ahad lalu.
Isteri Mohamad Al-Bukhari, Nurul Hasanah Salim, 32, berkata, suaminya memasang impian ke Tanah Suci sejak tahun lepas.