PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan dua vesel nelayan tempatan (VNT) bersama 19 nelayan warga asing dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini.
Tangkapan dilakukan anggota bot peronda milik agensi tersebut yang melaksanakan rondaan dalam Op Naga Barat, Op Damai dan Op Tiris.