BUKIT MERTAJAM – Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja dalam serbuan di Perai di sini, yang membawa kepada rampasan sebanyak 51,180 gram ganja bernilai RM158,658 pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang menahan dua lelaki tempatan berusia 45 dan 59 tahun menaiki sebuah kereta.