KUALA LUMPUR – Kadar bantuan yang disalurkan kepada rakyat antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencatatkan peningkatan sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jumlah bantuan STR yang diperuntukkan ialah RM10 bilion, selain peningkatan bantuan sekolah, bantuan kesihatan dan sekolah bagi anak autisme.