SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memandang serius ancaman ikan pemangsa, ikan baung ekor merah yang dikesan di dua sungai di negeri ini melibatkan Sungai Triang, Jelebu dan Sungai Muar, Kampung Londah, Tampin.
Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata,ia berikutan spesies ini membiak dengan sangat pantas dan menjadi ikan pemangsa selain mampu mengganggu keseluruhan rantaian makanan di perairan negeri.