MELAKA – Dua sekawan maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan di Jalan Persisiran Pantai Klebang, Melaka pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu Proton Wira, Muhammad Nur Zamani Mohd Nazery, 28, dan penumpang, Muhammad Haziq, 25.