RANTAU PANJANG – Dua lelaki disyaki memiliki dan mengedar dadah dicekup oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan bersama 3.1 kilogram (kg) syabu bernilai RM99,200 yang disorok di dalam but kereta semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah di sini pada Selasa.
Tangkapan pada jam 11.30 malam itu turut merampas wang tunai RM36,155, sebuah kereta jenis Volkswagen (RM60,000) dan empat unit telefon menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM203,355.