MATARAM – Ekspedisi pendakian di sebuah gunung berapi popular berakhir dengan tragedi selepas seorang pelancong warga Brazil maut setelah terjatuh ke dalam gaung pada akhir minggu lalu.
Agensi penyelamat memaklumkan usaha untuk menyelamatkan Juliana Marins, 26, yang dilaporkan hilang di Gunung Rinjani, Pulau Lombok di Indonesia pada Sabtu lalu berdepan kesukaran akibat cuaca buruk dan bentuk muka bumi yang agak mencabar.