DUNGUN – Hasrat tujuh rakan meluangkan masa bersama dengan mandi-manda di Air Terjun Lubuk Kain, Sungai Bangan, Hulu Dungun dekat sini pada Rabu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Sharifuddin Ali berkata, mangsa, Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mokhriz Nor Mohamad masing-masing berusia 20 tahun ditemukan pada kedalaman 10 meter di dasar lubuk berkenaan.