KOTA BHARU – Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah lori lima tan di Kampung Sungai Sam Jalan Kuala Krai-Gua Musang, pada Jumaat.
Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Razani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Sistem Mers 999 pada jam 4.50 petang sebelum bergegas ke lokasi.