KUANTAN – Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial di Pekan Ringlet, Cameron Highlands.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 33 tahun itu ditahan jam 3.20 pagi pada Sabtu selepas mangsa membuat laporan polis pada Jumaat lepas, pukul 3.47 pagi.