KUALA LUMPUR – Dua bekas penolong pengurus sebuah kedai jam tangan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen dan satu Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas lima pertuduhan menipu empat individu dalam urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta.
Di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril, Miki Oshiro, 35, dan Yap Choon Han, 41, didakwa bersama-sama menipu seorang lelaki warga Singapura berusia 28 tahun dengan memperdayakan bahawa mereka boleh menguruskan penjualan 22 unit jam tangan berjenama dengan harga jualan RM955,600.