SHAH ALAM – Dua lelaki yang direkrut sebagai keldai dadah dengan bayaran RM600 sekilogram bagi menyeludup barang terlarang itu ke Miri, Sarawak dicekup ketika sedang membawa bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang.
Kedua-dua suspek ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA kira-kira jam 5.30 petang, pada 22 Januari lalu.