SHAH ALAM – Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah parit berhampiran Jalan Cili Merah 24/26, Seksyen 24 di sini pada Jumaat.
Mangsa dikenali sebagai Che Syazwan Irwan Shah, 12, dan Arshidayan Arijanto, 9, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).