KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan seorang wanita bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Selasa.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, kedua-dua individu berusia 36 dan 39 tahun itu ditahan oleh pasukan petugas Op Haji Terkandas.