JOHOR BAHRU – Dua individu cedera apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pantai, Bandar Permas Jaya, pada malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai kanan II M K Haridas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 8.21 malam.