SETIU – Seorang bapa dan anak lelaki antara empat penjaja yang ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selepas didapati meninggalkan solat Jumaat dalam operasi dijalankan di sekitar daerah ini.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abd Aziz berkata, lelaki berusia lingkungan 17 hingga 54 tahun itu ditahan di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, dekat Sungai Tong pada Jumaat.