KULIM – Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi Labu Besar dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, keropok berkenaan dipercayai digantung oleh pekebun kampung pada dawai besi di sekeliling pagar kebun bertujuan untuk memerangkap monyet.