SEREMBAN – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Johor dan BBP Kulim, Kedah dipilih menjadi lokasi perintis projek Kecerdasan Buatan (AI) bagi memproses pelan bangunan baharu.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Othman Abdullah, berkata pihaknya bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi mempercepatkan proses mendapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).