JOHOR BAHRU – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tebrau menyaksikan keputusan luar jangka apabila dua Ahli Parlimen iaitu Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau) dan R Yuneswaran (Segamat), tewas kepada pencabar mereka, M Prakash.
Prakash, yang merupakan ahli biasa parti, meraih 690 undi sekali gus menewaskan Yuneswaran yang memperoleh 589 undi dan Jimmy Puah yang meraih 560 undi.