PUTRAJAYA – Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Mahathar Abd Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa Khamis.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.