Buah antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin. Jika anak-anak anda menggemari buah, itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Ini kerana persaingan dengan makanan berproses yang bermacam-macam itu membuatkan ramai anak-anak sekarang lebih memilih makanan tersebut.
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa, jangan berputus asa. Jadikan dapur dan peti sejuk itu sebagai ‘syurga buah’ untuk anak. Perbanyakkan buah yang pelbagai warna dan rasa untuk memastikan anak-anak terus memilihnya.