Nama Dato’ Dr Fadzilah Kamsah tidak lagi asing dalam bidang motivasi. Kepetahan dan ilmu figura ini menyampaikan ceramah dengan gaya tersendiri sekitar era 90an masih ‘melekat’ di jiwa generasi berkenaan hingga ke hari ini.
Orangnya bukan saja berpendidikan tinggi, tetapi juga kaya dengan senyuman. Sebelum kemunculan penceramah motivasi sekarang, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah antara yang terawal menceburi arena itu.