MELAKA – Ketua Pemuda UMNO yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr Muhamad Akmal Saleh menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada Ahad.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, membuat hantaran mengenai penganugerahan itu dan berterima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam dan kerajaan negeri.