Pendatang baru Liga Super, DPMM, memperkasakan benteng pertahanannya dengan mendatangkan Tommy Mawat Bada dari Perak.
Pemain berusia 30 tahun kelahiran Belaga, Sarawak itu pernah beraksi dengan pelbagai pasukan tempatan, antaranya PKNS, Kuching City, Sarawak United, Sabah dan Negeri Sembilan, sebelum menyertai Perak musim lalu.