Selepas berjaya mengangkat animasi tempatan ke pentas global menerusi karya popular Upin & Ipin, Les’ Copaque melakar lebih jauh dengan menghasilkan imej watak-watak popular cerita rakyat dalam versi baharu menerusi filem mereka ‘Dongeng Sang Kancil’.
Penerbit Eksekutif Dongeng Sang Kancil merangkap Pengasas & Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md. Radzi berkata,lebih membanggakan, filem berkenaan merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Katanya, ‘Dongeng Sang Kancil’ juga menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa.