KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedang memuktamadkan penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai depan.
Timbalan Menterinya, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, RMK-13 yang akan menjadi pelan pembangunan sosioekonomi negara bagi tempoh 2026 hingga 2030 dirangka berdasarkan matlamat Ekonomi Madani.