Demam dan selesema sering dikaitkan dengan cuaca yang tidak menentu sepanjang tahun. Walaupun ia dikategorikan sebagai masalah kesihatan biasa, jika ia kerap berulang tentu membuatkan kita bimbang dan tidak selesa.
Bagi orang dewasa, jika badan tak sihat mungkin akan menjejaskan prestasi kerja. Namun, kita akan lebih risau sekiranya masalah kesihatan ini dialami kanak-kanak yang masih dalam proses membina kekuatan antibodi atau imunisasi bagi melawan pelbagai penyakit, sama ada disebabkan bakteria atau virus.