SHAH ALAM – Beberapa keperluan penting perlu dipenuhi bagi menjayakan inisiatif ‘Satu Keluarga, Satu Doktor’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk memastikan lokasi klinik mudah diakses oleh setiap komuniti, termasuk di luar bandar.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, saranan lain turut melibatkan keperluan bilangan doktor yang mencukupi dan penyelarasan mutu perkhidmatan kesihatan di semua fasiliti bagi memastikan tidak berlaku jurang kualiti antara kawasan.