Kelahiran si kecil Helena Attiya menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia, apabila ibunya, Allahyarhamah Ain Farhana Mohd Fadzli, pergi menghadap Ilahi selepas melahirkannya dalam keadaan syahid.
Kini, selepas 13 hari pemergian ibu tercinta, Helena Attiya masih diuji. Si comel ini sedang bergelut dengan penyakit kekuningan atau jaundis dan belum menunjukkan tanda-tanda pulih sepenuhnya. Bacaan bilirubinnya masih tinggi dan terus dipantau secara rapi oleh pihak kesihatan.