< Kembali

DJI Mavic 4 Pro Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM9,599

Teknologi
AMANZ
63 Hari

Harga jualan rasmi bagi DJI Mavic 4 Pro di Malaysia telah diumumkan melalui kemaskini di halaman Facebook rasmi. Model ini ditawarkan dengan harga jualan bermula RM9,599 untuk pakej asas sementara itu pakej Fly More Combo (DJI RC 2) bernilai RM11,749 dan pakej penuh Creator Combo (DJI RC PRO 2) berharga RM15,099. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan dron ini, ia boleh dibeli menerusi pengedar sah DJI Malaysia mulai sekarang.

DJI Mavic 4 Pro ialah dron berprestasi tinggi dengan tiga kamera yang merangkumi lensa sudut lebar 28mm (100MP) Hasselblad, lensa telefoto 70mm (48MP) dan telefoto 168mm (50MP). Ia dilengkapi gimbal 360 darjah yang membolehkan kamera mengambil imej bersudut luas sehingga 70 darjah. Rakaman video disokong pula sehingga 6K 60p HDR dan 4K 120p SDR dengan storan dalaman 512GB.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI