Dividen ASB 2024 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.75 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pembayaran dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion.