SHAH ALAM – Seorang murid lelaki berusia 12 tahun dari Terengganu kini mengalami trauma teruk termasuk takut untuk keluar rumah, kemurungan serta penurunan berat badan selepas menjadi mangsa buli siber dan fitnah yang disebarkan di media sosial.
Ibunya, Fatimah Lailati Omar, 52, berkata, tuduhan tidak berasas yang ditujukan kepada dirinya dan anak lelakinya itu mencetuskan gelombang kecaman, ugutan serta penghinaan terbuka dalam kalangan masyarakat, sehingga memberi kesan mendalam kepada emosi kanak-kanak berkenaan.