Mama papa semua, kalau tengah fikir nak bawa anak-anak ke mana cuti sekolah nanti, kami ada satu cadangan yang memang tak boleh tolak! Bayangkan wajah ceria si kecil bila tengok Mickey Mouse, Ariel, Team Spidey dan rakan-rakan Disney muncul depan mata dalam satu konsert interaktif yang penuh warna, lagu dan aksi menakjubkan.
Yup, “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!” akan menggegarkan Arena of Stars, Resorts World Genting dari 29 Ogos hingga 1 September 2025. Dengan lapan persembahan selama empat hari, konsert ni bukan sekadar pertunjukan biasa, ia adalah pengalaman sekeluarga yang penuh magik, hiburan dan memori yang akan kekal di hati anak-anak.