Alangkah bertuahnya bila diberi kelapangan menyahut seruan Ilahi ke Tanah Suci. Apatah lagi jika bersama dengan asatizah-asatizah terkemuka seperti Ustazah Asni Mansor dan Ustazah Asma Harun di sana. Inilah rezeki selebriti yang juga usahawan terkenal Yatt Hamzah, yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah seorang diri.
Mesra disapa Bonda Yatt, ibu anak enam (seorang keguguran) yang cukup aktif dalam Pertubuhan Usrah Suci Malaysia itu banyak berkongsi aktiviti ibadahnya di Mekah dan Madinah, termasuk menjalankan sesi Zoom dari sana.