Setiap kali melihat uban memutih di atas kepala selain rasa gatal, tangan kita pantas ingin mencabutnya. Kadang kita melihat perbuatan ini “seperti tiada apa” tetapi sebenarnya makruh mencabut uban.
Diperjelaskan oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di e-booknya Maktabah Al Bakri, dirinya berkongsi hukum mencabut dan mewarnakan uban yang mungkin ramai ingin tahu. Ia berdasarkan persoalan, apakah hukum mencabut uban?