Pempengaruh yang dikenali sebagai Belle Strelle membuat permohonan maaf susulan tindakannya menggayakan kostum watak ‘Maleficent’ ketika menghadiri sebuah acara, baru-baru ini.
Mengakui kekhilafannya, Bella atau Nabilah Aliah berkata, dia tidak tahu kostum tersebut dilihat dari sudut agama dikatakan menyerupai syaitan atau iblis disebabkan mempunyai tanduk serta sayap.