Tidak dinafikan, sejak kemunculan Linda Nanuwil dalam program hiburan Gegarvaganza lalu ramai yang tertarik dengan kecantikan yang dimiliki penyanyi kelahiran Sabah ini. Bukan hanya dikurniakan rupa paras menawan, Linda juga mempunyai pakej lengkap dengan ketinggian ideal dan bentuk tubuh ramping.
Kejelitaan yang ada pada pemilik nama Norlinda Nanuwil ini juga dikatakan mirip selebriti dan aktres cantik, Nur Fazura Sharifuddin. Bahkan setiap kali penampilan Linda muncul di kaca TV ternyata peminat menyamakan wajah mereka berdua.