< Kembali

Diami Rumah Agam Mewah RM7.5 Juta, LUNA MAYA Kongsi Dekorasi Mahligai Eksklusif!

Gaya Hidup
NONA
1522 Hari

Tidak kira peminat di Indonesia mahupun di negara ini, pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk melihat ruang kediaman selebriti cantik, Luna Maya. Dianggap seorang selebriti yang cukup menjaga privasi, pertengahan Jun tahun lalu bekas juri Maharaja Lawak Mega ini akhirnya akur memenuhi permintaan ramai dan berkongsi ruang rumah agamnya buat tatapan umum. Pendedahan tersebut dibuat menerusi saluran YouTube aktor popular Indonesia, Boy William.

Tak sampai sebulan dimuat naik, video tersebut kini sudah mencecah lebih sejuta tontonan! Malah rata-rata mereka yang sudah menontonnya melahirkan rasa kagum dan teruja dengan dekorasi rumah Luna Maya serta personaliti dirinya yang sangat bersahaja. Walau mampu menghuni kediaman yang lebih besar dan extravaganza namun aktres ini memilih untuk hidup bersederhana. Yang penting kata Luna, selesa!

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan